ORANG UTAN albino pertama yang dibebaskan ke habitatnya di hutan hujan Borneo pada 2018 ditemui ditemui hidup dalam keadaan baik kata penyokong pemuliharaan.
Alba, orang utan bermata biru dan berbulu putih itu dibebaskan daripada kurungan pada 2017 selepas ia dijadikan haiwan peliharaan penduduk di sebuah kampung di Kalimantan, Indonesia.
Ia kemudian dilepaskan ke hutan bagi menjalani kehidupan liar semuladari.
Yayasan Kelangsungan Orangutan Borneo pada minggu lalu berkata, Alba dilihat memantau tiga lagi orang utan yang dibebaskan ke kawasan berkenaan, baru-baru ini.
“Kita membuat kesimpulan bahawa Alba mampu hidup di hutan selepas dia dilihat tidak bergantung kepada bantuan manusia,' kata Pengarah Pemuliharaan Biodiversiti Kementerian Persekitaran Indonesi, Indra Exploitasia.
Alba juga jelasnya telah mampu membuat sarang dan mencari makanan secara sendiri.
Spesis seperti Alba dianggap terancam susulan gangguan habitat akibat penebangan hutan bagi kerja pembalakan, kertas, kelapa sawit dan perlombongan.
0 Comments