Pelancong China maut kereta sewa terbabas


SEORANG pelancong wanita warga China dilapor maut setelah kenderaan e-hailing dinaikinya bersama seorang rakan terbabit kemalangan.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong, semalam, mangsa dikenali sebagai Li Li Mei maut ditempat kejadian manakala rakannya Lin Wen Chun terselamat.

Kedua-dua mereka masing-masing berusia lingkungan 40-an.

Sebelumnya kereta Perodua Bezza dipandu Sinesh, 22 terbabas lalu melanggar tiang lampu di penghadang jalan.

Sinesh dilapor cedera ringan dan dibantu orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Mohamad Razi Abdul Muttalib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.53 petang sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di tempat kejadian kedua-dua mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam, manakala penumpang wanita yang maut berada di bahagian tempat duduk belakang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Putrajaya bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataannya

Post a Comment

0 Comments