Mersing dan Kota Tinggi banjir, Met Keluar amaran kuning


BEBERAPA kawasan di daerah Mersing dan Kota Tinggi dinaiki air susulan hujan lebat serta pertembungan air laut pasang malam tadi

Kejadian itu telah menyebabkan 228 mangsa daripada 68 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat jam 9 pagi tadi sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi manakala empat PPS dibuka di Mersing.

PPS yang dibuka di Kota Tinggi ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Besar dan di Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

Manakala di Mersing PPS dibuka ialah di di SK Tenglu, SK Mersing Kanan, SK Air Papan dan SK Bandar Endau.

Sementara itu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka berlaku di Pekan, Pahang serta Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Post a Comment

0 Comments