SEORANG lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di laluan naik jejantas Melaka Sentral di sini, awal pagi tadi, lapor Sinar.
Menurut portal itu, mangsa berusia sekitar 46 tahun dan beralamat di Krubong.
Mayat itu ditemui oleh orang awam pada jam 4.37 pagi lalu menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad dipetik berkata, pihaknya telah bertindak menurunkan mangsa dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Pemeriksaan pada badan mangsa menemui pasport Malaysia milik mangsa serta kad orang kurang upaya (OKU).
"Selain itu, turut menjumpai satu tiket bas ekspres berserta salinan permit kerja di Singapura dan telefon bimbit," katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
0 Comments