Keputusan kes dadah anak menteri pada Januari


MAHKAMAH
Majistret menetapkan 3 Januari depan untuk keputusan kes anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam,.


Ahmad Saiful sebelum ini didakwa atas kesalahan menggunakan dadah di sebuah hotel terkemuka. pada Jun lalu.

Terdahulu mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan di akhir pendakwaan, bagaimanapun, dimaklumkan pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid, hanya menerima hujah pembelaan semalam.

Peguam Nasar Khan, yang mewakili Ahmad Saiful, bagaimanapun, memaklumkan dokumen itu sudah dihantar ke pihak pendakwaan pada 27 November lalu.

Sehubungan itu, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim, menetapkan 18 Disember ini untuk hujahan balas oleh pihak pendakwaan dan 3 Januari depan untuk keputusan kes.

Terdahulu, Ahmad Saiful mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis THC di pusat hiburan tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam.

Post a Comment

0 Comments