Anwar arah pecat dalang kekecohan dalam kongres


TERNYATA Presiden KEADILAN tidak mahu berkompromi terhadap mana-mana individu yang cuba menjadi 'api dalam sekam' dalam parti itu.

Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan susulan insiden kekecohan di Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN(AMK) dekat Melaka semalam mahu pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, tindakan sengaja mencetus kekecohan memalukan itu sebagai biadap dan tidak seharusnya dibiarkan.
“Ingin saya maklumkan perlakuan biadab ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas. Justeru saya telah meminta Lembaga Disiplin Parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga memohon agar pihak polis dapat melakukan siasatan menyeluruh ke atas insiden yang dilihat mencemarkan imej parti itu.

Awal hari ini, kekecohan tercetus apabila beberapa perwakilan, termasuk bekas Pengerusi Tetap AMK Muhammad Mizan Adli Mohd Nor dihalang masuk ke dalam kongres.

Pergaduhan turut terjadi di luar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) apabila sekumpulan remaja berbaju hitam bertembung dengan anggota AMK, sehingga seorang daripada mereka berdarah di kepala akibat terkena balingan batu.

Ketua AMK, Akmal Nasir turut menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Post a Comment

0 Comments