Kelewatan perubahan kuasa membimbangkan - AMK


ANGKATAN
Muda KEADILAN (AMK) yakin peralihan jawatan kuasa perdana menteri antara Tun Dr Mahathir Mohammed kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung dengan lancar.

Ketika menyampaikan ucapaan dasar sempena Kongres Nasional AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam, ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut percaya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan memastikan proses itu berlaku dengan baik dan tersusun.

Namun jelasnya,  kelewatan proses berkenaan, jika berterusan, akan menimbulkan keresahan, baik di dalam mahupun di luar negara.

“Kita kekal akur dan memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan bagi menjamin kelancaran pentadbiran.

“Namun, pada masa yang sama, spekulasi dan keresahan di luar sana juga merencatkan kestabilan ekonomi dan memberi ruang kepada musuh kita untuk merosakkan rancangan ini,” katanya.

Akmal berkata, AMK yakin KEADILAN kekal dengan janjinya dan beliau berterima kasih kepada pimpinan tertinggi Bersatu, Amanah dan DAP yang komited dengan agenda Pakatan Harapan.

Justeru beliau turut mengingatkan perwakilan bahawa kemenangan yang dicapai Pakatan Harapan sewaktu pillihan raya umum yang lepas, bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk diteliti dan disematkan dengan semangat Reformasi.

“AMK kena sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang dengan berpegang teguh kepada prinsip dan asas perjuangan.

“Selepas setahun setengah wajarlah untuk kita bermuhasabah dan menilai sejauh mana pencapaian kita khususnya dalam mendepani nasib dan harapan golongan anak muda,” katanya menurut Awani.

Post a Comment

0 Comments