Lelaki rentung disambar letupan tangki diesel


SEORANG
pekerja kimpalan rentung apabila tangki diesel sebuah lori meletup ketika dia dan bersama seorang rakan sedang melakukan kerja pada kenderaaan berkenaan.

Dalam kejadian di Jalan Semambu di Kuantan kira-kira jam 5.30 petang semalam, Lai Hoy Shin, 45, maut di lokasi kejadian manakala rakannya, Nur Kabir Abdul Hussein, 25, cedera di tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusod Ali berkata, berdasarkan keterangan Nur Kabir, letupan itu berlaku ketika dia bersama Lai sedang membuat kerja kimpalan tangki diesel lori itu.

“Mangsa tidak sedarkan diri manakala Nur Kabir cedera di tangan kerana letupan itu.

“Nur Kabir mendakwa sudah cuba membantu rakannya sejurus kejadian tetapi gagal disebabkan api marak.

Difahamkan, api tersebut menyambar badan mangsa dan rakannya gagal menyelamatkan Hoy Shin

Menurutnya, pihak bomba yang tiba 15 minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran sebelum menemui mangsa dalam keadaan rentung.

“Siasatan awal pihak bomba mendapati mangsa pengsan terlebih dulu kerana letupan itu sebelum api menyambar keseluruhan badan mangsa,” kata Mohamad Noor.

Susulan itu, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Post a Comment

0 Comments