Kemalangan: Jenazah rakyat Msia dikebumi di New Zealand


PIHAK keluarga kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan di New Zealand semalam sepakat untuk mengebumikan kesemua jenazah di negara itu.

Seorang ahli keluarga, Zaiton Abd Hamid, 61, yang dilapor Bernama mengesahkan perkara itu, tambahnya, abang mereka, Othman akan kesana bagi menguruskan pengebumian adik perempuan mereka  Dr Rumihati Abd Hamid, suaminya Adnan Jeman, masing-masing berusia 49 tahun dan seorang anak perempuan pasangan itu.

“Adik saya, suami dan tiga anak perempuannya yang berusia 15, 13 dan 11 tahun bertolak ke New Zealand untuk bercuti pada 2 Disember lepas dan dijangka kembali ke Malaysia pada 17 Disember ini.

“Arwah merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan kali terakhir saya bertemu mereka pada Isnin lepas,” katanya di kediaman keluarga itu di Sabah.

Pada Jumaat, Dr Rumihati dan ahli keluarganya terbabit terlibat kemalangan di State Highway 1, Kaikoura, New Zealandkira-kira jam 3.01 petang. 

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan dua lagi anak pasangan itu cedera dan difahamkan mereka kini dirawat di sebuah pusat kesihatan di negara terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini mereka belum dapat mengetahui identiti anak saudara yang terkorban itu.

"Saya ingat hanya adik saya dan suaminya, rupanya anaknya juga tapi siapalah yang terbabit itu, kami tidak tahu.
"
"Anak-anak arwah sangat rapat saya yang menjaga mereka," tambahnya sambil berkata mereka sekeluarga reda dengan ketentuan itu. 

Post a Comment

0 Comments