MANIPULASI kenyataan asal dalam memo ditandatangani 19 Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berhubung pemecatan bekas ketua cabang Bera, Zakaria Abdul Hamid satu perbuatan tidak bermaruah.
Ketua Penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin manipulasi itu yang dilihat cuba memalukan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai serius.
“Apa yang nyata, adalah merupakan satu kesalahan yang serius kerana ada kalangan yang menipu dan mengelirukan beberapa pimpinan termasuk Tian Chua serta Sivarasa Rasiah.
“[…] di mana persoalan yang timbul ialah bagaimana nama mereka telah dimasukkan di dalam kenyataan yang telah ditandatangani oleh timbalan presiden. Natijahnya persepsi yang salah dengan sengaja telah diwujudkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Anwar mendedahkan ada antara pemimpin yang menandatangani manipulasi tersebut mengaku ada sebahagian isi kandungan dalam memo berkenaan diluar pengetahuan mereka, ia tiada dalam draf asal yang diberikan kepada mereka.
Antara individu yang menandatangani memo tersebut ialah Mohammed Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Amirudin Shari,Saifuddin Abdullah, Tian Chua dan Sivarasa.
Sementara itu, KEADILAN memberi amaran tidak akan bertolak ansur terhadap pihak yang cuba untuk menggugat keharmonian parti.
Untuk rekod, parti itu sebelum ini memecat Zakaria dan seorang lagi ahli KEADILAN Pahang, Ismail Dulhadi selepas mendapat surat daripada SPRM memaklumkan tentang siasatan atas dakwaan rasuah terhadap kedua-dua mereka.
0 Comments