Pegawai polis meninggal ketika ikut trip Balkan


SEORANG pegawai yang sedang bercuti bersama keluargan di Turki ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotelnya di Istanbul.

Memetik laporan Awani, Deputi Superintendan Zawary Mahadi, 53, menghembuskan nafas terakhir semasa sedang bercuti di negara tersebut bersama isteri, tiga orang anak dan seorang cucu.

Berita sedih itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Difahamkan, bahawa Allahyarham sebelumnya bercuti ke negara berkenaan dengan mengikut pakej Trip Balkan (jelajah lapan negara), bermula 23 November lalu hingga 5 Disember ini.

Pada 3 Disember lalu, Allahyarham dimaklumkan kurang sihat dan tidak mengikuti rombongan untuk melawat bandar Istanbul.

Allahyarham Zawary, sebaliknya, memilih untuk berehat di bilik hotel.

“Apabila keluarga sampai balik di bilik hotel dapati arwah telah meninggal dunia” kata Fadzil dalam laporan portal itu.

Bagaimanapun, punca kematian Zawary yang merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam belum diketahui.

Ketika ini, pihak keluarga kata Fadzil, sedang menunggu pengesahan punca kematian daripada pihak hospital dan IPD Shah Alam akan membantu urusan membawa balik jenazah ke Malaysia.

Post a Comment

0 Comments