Bom asap meletup di tangan, 2 tentera cedera


DUA anggota tentera Republik Indonesia cedera dalam letupan di Taman Monumen Kebangsaan, Monas di Jakarta semalam.

Memetik laporan Kompas,  letupan berlalu kira-kira 8.30 pagi Selasa ketika sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang melakukan aktitivi sukan di taman berkenaan.

siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada bom asap yang dipegang seorang anggota tentera dikenali Serka Fajar.

Fajar dilapor cedera parah di bahagian tangan kiri, manakala rakannya, Praka Gunawan turut cedera dibahagian paha.

"Tidak ada masalah, orang ramai boleh melakukan aktiviti seperti biasa, kita akan buka semula taman ini sebentar lagi," kata Ketua Polis Daerah Metro Jakarta, Irjen Gatot Eddy.
 

Post a Comment

0 Comments