Anwar beri amaran, kesabaran ada hadnya


PRESIDEN KEADILAN
, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa beliau tidak akan berkompromi terhadap naba-mana pihak yang mahu mengkucar-kacirkan parti.

Bercakap semasa merasmikan Konvensyen KEADILAN negeri Perak di Kuala Kangsar malam tadi, Anwar berkata, beliau sentiasa terbuka dan bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Anwar mengingatkan kesabaran beliau ada batasan terutama terhadap pihak yang menggambarkan KEADILAN sebagai parti yang lemah.

"Saya sabar (bila orang beri gambaran) sebab fikir setiap orang ada hak untuk memberi gambaran.

"Tapi saya tak boleh (sabar) jika orang beri gambaran parti (PKR) berpecah, lemah... sebab menjadi tanggungjawab saya untuk membina kekuatan parti," katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Parlimen Port Dickson mengulangi pendirian untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan mudah.

"Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah," katanya.

Post a Comment

0 Comments