Kanak-kanak maut digilis traler



SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut digilis sebuah treler di hadapan RTC Napoh dekat Jitra, Kedah, lapor Sinar.

Ketua Polis Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam.

Ketika kejadian, Sangtang Master Worawut membonceng motosikal yang ditunggang ibu saudaranya keluar dari simpang RTC Napoh dan menghala ke Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, motosikal yang ditunggang Miss Suchada Sangtang, 28, itu kemudiannya bergesel dengan sebuah treler yang datang dari arah belakang mereka.

"Akibat pergeseran, kedua-dua mereka terjatuh dan Sangtang Master Worawut digilis treler itu. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibu saudaranya hanya mengalami luka kecil," katanya melalui kenyataan media.

Difahamkan, pemandu treler tersebut melarikan diri selepas kejadian, dan pihak polis sedang mengesannya untuk membantu siasatan.

Mohd Ismail berkata, mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Exco Kerajaan Negeri, Halimaton Shaadiah Saad yang kebetulan melalui jalan tersebut ketika kejadian turut berhenti menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan berkenaan.

Post a Comment

0 Comments