Henti berbalah, tumpu isu rakyat - Anwar


SEBAGAI
meredakan perbalahan dalam KEADILAN yang bertambah teruk, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta kepemimpinan dan ahli parti itu menghentikan serta-merta sebarang kenyataan terbuka.

Sebaliknya tegasnya, sebarang bantahan atau pandangan melibatkan beberapa pemimpin tertentu hanya boleh dibuat menerusi saluran parti, khususnya kepada Lembaga Disiplin.

“Parti harus tegak atas asas dan khittah (rancangan) perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membela nasib rakyat semua kaum terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan.

“Rakyat yang pernah meletakkan kepercayaan kepada kita ternyata bosan dengan kenyataan yang merujuk kepada percaturan politik dalaman.

“Kita wajib untuk meningkatkan usaha dan kinerja (sasaran prestasi) untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebelakangan ini, akar umbi parti itu mengecam beberapa pemimpin yang dakwa mereka telah bertindak keterlaluan.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai pejuang parti itu sejak awal, Otai Reformis 98 menghantar memorandum dan membuat sidang media mendesak supaya Mohamed Azmin serta enam pemimpin lain termasuk Zuraida Kamaruddin dipecat didakwa melanggar disiplin parti, khususnya tidak menghormati Presiden Parti.

Isu perbalahan PKR memasuki episod baharu selepas selesai Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka hujung minggu lalu yang menyaksikan  kumpulan Azmin Ali membuat tindakan 'ponteng' hari terakhir kongres.

Kumpulan itu pada sebelah malam, dengan menggunakan sebuah program dengan nama Majlis makan Malam menyaksikan mereka secara terbuka menghentam Anwar serta beberapa pemimpin lain yang tidak 'sebulu' dengan mereka.

Rentetan kenyataan dan ucapan itu, beberapa pemimpin parti termasuk kepemimpinan Wanita dan AMK menyelar tindakan keterlaluan mereka.

 

Post a Comment

0 Comments