PERIKATAN NASIONAL (PN) dicabar membuktikan kejayaan di negeri yang ditadbir oleh mereka terlebih dahulu sebelum memasang impian menawan negeri dikuasai Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan melalui satu kenyataan menempelak hasrat PN merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi DUN di negeri itu pada pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi dengan menyarankan mereka 'mengukur baju di badan sendiri'.
“Gesaan saya agar ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan Ahli Parlimen PN mengukur baju di badan sendiri.
“Mereka digesa untuk menumpukan seluruh perhatian terhadap permasalahan-permasalahan rakyat di kawasan masing-masing yang mungkin akan ‘dirampas’ oleh Kerajaan Perpaduan nanti.
“(Jadi), simpan cita-cita untuk menawan Pulau Pinang jika kawasan mereka sendiri pun tidak terjaga,” katanya sambil menegaskan rakyat Pulau Pinang sudah bijak memilih pemimpin terbaik untuk membela nasib mereka
Menambah kritikannya, Muhammad Fadzli turut mendakwa, umum mengetahui keberadaan ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang sebelum ini tidak menampakkan kesungguhan dalam membantu rakyat.
Sebaliknya mereka jelasnya lebih gemar ‘bermain’ naratif dan politik daripada ‘menjuarai’ isu rakyat.
“Kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan HARAPAN ketika ini telah banyak membantu rakyat dalam pelbagai isu.
“(Sebagai contoh), sejak 2009, sebanyak RM33.2 juta jumlah peruntukan telah disalurkan bagi tujuan pembangunan agama Islam di negeri ini dan jumlah peruntukan ini ditambah setiap tahun.
![]() |
Rakyat Pulau Pinang bijak pilih pemimpin |
Selain itu jelasnya, pembangunan pesat dalam sektor perkilangan selain peluang pekerjaan yang banyak ditawarkan ketika ini juga merupakan antara manfaat yang dikecapi bukan sahaja oleh penduduk Pulau Pinang, malah penduduk negeri lain termasuk Kedah dan Kelantan yang mencari rezeki di negeri ini.
0 Comments