Usaha tumbang k'jaan derhaka titah Agong, tak akan berjaya - KARESMA


DAKWAAN
kononnya Kerajaan Perpaduan bakal ditumbangkan tidak lama lagi dianggap persepsi palsu bagi melemahkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelab Rakan Media Siasah Madani (KARESMA) melalui satu kenyataan berkata, persepsi yang cuba dimainkan itu satu gerakan jahat dengan cuba bermain nombor untuk mendorong sokongan tambahan mencukupkan jumlah.

KARESMA percaya usaha untuk menumbangkan kerajaan hanya akan menemui jalan buntu.

"Tiada pihak waras yang berani untuk melanggar Titah DYMM YDP Agong yang tidak mahu sejarah 3 Perdana Menteri dalam sepenggal berulang.

'Malah polemik merampas Putrajaya ini juga telah mengundang Titah DYMM Sultan Johor yang mahukan kestabilan politik dan kemakmuran negara menjadi keutamaan," kata Pengerusinya Edy Noor Reduan.

Sebagai rekod, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan supaya pentadbiran Anwar sebagai terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun depan.

Harapan itu dititahkan baginda ketika merasmikan pembukaan penggal Parlimen pada Feb lalu.

Melalui kenyataan sama, KARESMA menegaskan sebarang usaha merampas kerajaan segera dihentikan dan semua pihak harus bersama dalam usaha membangun semula negara.

Tegasnya, cubaan jahat itu secara tidak langsung akan memberi impak negatif terhadap usaha memacu kestabilan poliitik dan ekonomi yang sedang dijalankan pentadbiran Anwar.

Sebarang bentuk cubaan untuk meruntuhkan Kerajaan Perpaduan secara tidak demokratik juga menurut KARESMA harus dikekang dengan  undang undang kerana boleh diibaratkan derhaka kepada titah YDPA.

Kekang cubaan rampas kuasa dengan undang-undang
"PRU-15 telah pun berlalu, tunggulah hingga ianya dibubar dalam 5 tahun lagi.

"Kini masa untuk buat kerja demi tanah air, semua pihak harus main peranan sewajarnya dalam usaha membawa kegemilangan Malaysia Madani," kata kenyataan itu lagi.

Post a Comment

0 Comments