LEWIS Hamilton membuktikan kejaguhannya apabila merangkul kemenangan ke-84 Formula Satu (F1) kariernya dan ke-11 daripada 21 perlumbaan musim ini dengan menjuarai saingan penutup tirai di Grand Prix Abu Dhabi malam tadi.
Bermula di petak utama - yang ke-88 sepanjang kariernya - pelumba kelahiran Britain berusia 34 tahun itu gagal dicabar pelumba lain.
Malah pelumba Mercedes AMG PETRONAS itu menamatkan perlumbaan 16 saat di depan pelumba Red Bull, Max Verstappen dan Charles Leclerc (Ferrari) yang berdepan siasatan susulan penggunaan minyak.
Kemenangan malam tadi, merupakan kemenangan kelima Hamilton pada musim ini.
Sebagai rekod, Hamilton mengesahkan kejuaraan dunia keenamdi Texas ketika kejuaraan berbaki dua pusingan baru-baru ini.
“Ia benar-benar dalam kelas yang menakjubkan,” kata jurutera perlumbaan Hamilton, Peter Bonnington menerusi radio pasukan.
Sementara itu, rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, yang terpaksa memulakan perlumbaan di petak terakhir selepas menggunakan enjin baharu menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di depan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Alex Albon (Red Bull).
0 Comments