ISU berkenaan Tattoo Malaysia Expo 2019 yang diperkata ramai di media sosial baru-baru ini dianggap sengaja disensasikan pihak tertentu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata, ia mungkin sengaja dihangatkan bagi memberi persepsi kononnya kerajaan hari ini tidak menjaga Islam
Sambil menegaskan bahawa program itu tidak ada kene mengena dengan kerajaan atau diiktiraf mana-mana kementerian, ia jelasnya pernah berlaku dibawah kerajaan sebelum ini.
“Penafian dari kementerian pelancongan itu sendiri menggambarkan bahawa kita tidak pernah menyokong program sebegitu rupa.
“Dalam hal ini pihak tertentu sekali lagi menjadikan isu ini untuk menyerang kerajaan. Kononnya dulu tak pernah berlaku tapi sekarang berlaku.
"Sedangkan kita tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku dan sengaja disebarkan dalammedia seolah kitalah yang merencanakannya.
“Apa naratif mereka? Kerajaan hari ini tidak jaga Islam dan sebagainya dan saya sebagai menteri agama tidak mungkin kita boleh membiarkan perkara ini dari segi ia dikaitkan dengan kerajaan
"Kita tak boleh elak bila ada orang tularkan dalam media sosial dan lebih buruk orang ambil kesempatan (menuduh) ini kerajaan yang buat ,” katanya.
Acara Tattoo Malaysia Expo 2019 yang mencetus kontroversi kerana menamilkan model yang memperagakan tatu separuh bogel. musuh politik kerajaan mengembar-gemburkan acara itu dengan mensasarkan serangan terhadap kerajaan.
Susulan isu itu, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Mohammaddin Ketapi sudah mengarahkan tindakan sewajarnya diambil ke atas penganjur kerana dianggap telah melanggar tatasusila masyarakat sekali gus tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia.
Selain itu, Mujahid turut menyeru rakyat Malaysia agar lebih sensitif serta berusaha mengelakkan perkara yang tidak menggambarkan budaya perdana di negara ini.
0 Comments