Disyaki dera, Seorang wanita ditahan polis


SEORANG wanita ditahan pihak polis kerana dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang.

Menurut ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, penahanan itu dibuat  susulan laporan polis berhubung sebuah klip video berdurasi satu minit 16 saat yang tular di media sosial baru-baru ini.

"Wanita tersebut kelihatan menggunakan sejenis alat dipercayai sebatang pen sambil memberikan amaran dan memarahi kanak-kanak perempuan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

"Wanita berusia 22 tahun ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

"Kita telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments