19 penumpang maut bas terjunam ke sungai


SEKURANG-KURANGNYA
19 penumpang sebuah bas terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka tergelincir di atas jambatan sebelum terhumban ke dalam sungai di timur Russia.

Kementerian Kecemasan Russia dalam satu kenyataan menerusi laman web berkata, bas itu dalam perjalanan dari wilayah Zabaikalsk menuju ke Chita, kira-kira 6,320 kilometer ke timur Moscow, terjunam dari jamabtan ke sungai Kuenga pada 9.38 pagi (waktu tempatan).

“Menurut maklumat yang dikemas kini, 19 orang meninggal dunia dan 21 yang lain cedera,” kata kenyataan pihak berkuasa Zabaikalsk seperti dilapor Reuters.

Kenyataan itu berkata, terdapat kira-kira 43 penumpang dan seorang pemandu berada di dalam bas itu.

Rekod keselamatan Russia menunjukkan ia adalah antara negara yang mempunyai tahap keselamatan terburuk di dunia.

Menurut laporan polis trafik negara itu, 18,214 orang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya tahun lalu.

Jumlah itu melebihi angka 15,000 tentera Soviet yang terbunuh ketika perang Soviet di Afghanistan pada 1979 hingga 1989.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu punca kemalangan itu sedang disiasat.

Post a Comment

0 Comments