DUA pengacara stesen TV Palestin TV bertindak menutup sebelah mata mereka ketika bersiaran.
Tindakan kedua mereka itu dibuat sebagai menunjukkan solidariti dan sokongan buat seorang rakan wartawan dari palestin yang hilang penglihatan sebelah matanya selepas ditembak jarak dekat oleh tentera zionis.
Dalam kejadian Jumaat lalu di bandar Surif di Hebron Mu’ath Amarneh cedera dibahagian mata kiri setelah terkena peluru logam bersalut getah yang dilepaskan tentera kerajaan haram Israel.
Amarneh yang memakai jeket bertulis "press' itu sedang membuat liputan protes rakyat Palestin terhadap rampasan terbaru tanah untuk pembinaan penempatan Israel di wilayah yang diduduki.
BACA: Tentera zionis semakin kurang ajar
Amarneh dikejarkan ke hospital di Hebron selepas mengalami kecederaan, namun doktor tidak dapat menyelamatkan mata kirinya.
Susulan kejadian itu kempen menutup mata sebelah diadakan di media sosial seluruh dunia demi solidariti kepada seorang wartawan Moath Amarneh yang ditembak oleh tentera Israel walaupun dia memakai jaket 'Press'.

0 Comments