Tun M boikot Sidang ASEAN-Amerika Syarikat


PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohammed memboikot Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Tindakan itu susulan keangkuhan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang enggan menghadiri persidangan itu bagi tahun kedua.

Turut dilapor memboikot sidang tersebut adalah enam pemimpin ASEAN lain kecuali pemimpin tertinggi Thailand, Laos dan Vietnam.

Bagaimanapun, Sidang Kemuncak itu diteruskan dengan Penasihat Keselamatan Negara Robert O’Brien yang mewakili Trump membacakan ucapan Presiden negara itu.

Susulan boikot tersebut, persidangan kali ini adalah persidangan paling sedikit dihadiri pemimpin dalam sejarah.

Terdahulu, Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 34 di Singapura mewakilkan Timbalan Presiden Mike Pence ke persidangan itu.

Bangkok Post dalam laporannya  AS menyuarakan kegusaran terhadap diplomat ASEAN tentang boikot yang dilakukan pemimpin ASEAN.

Untuk rekod, kesemua negara ASEAN dan enam negara lain diwakili pemimpin tertinggi termasuk China diwakili Perdana Menteri Li Keqiang.

Post a Comment

0 Comments