Taufan Kalmeagi dijangka badai Filipina hari ini.


TAUFAN Kalmeagi dijangka bakal membadai utara Filipina lewat hari ini.

Agensi perkhidmatan cuaca seperti dilapor agensi berita AFP berkata, Taufan Kalmaegi dijangka melanda dengan kekuatan angin mencecah 120 kilometer sejam.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 5,000 penduduk juga telah meninggalkan kediaman masing-masing bagi mencari tempat perlindungan.

Sementara itu, Taufan Kalmeagi turut diramal membawa sekali  hujan lebat. Ia dijangka akan menyebabkan air sungai melimpah, menyekat laluan jalan raya dan mengancam komuniti di kawasan rendah wilayah Cagayan.

"Kami menjangkakan banyak pokok tumbang dan kediaman berkemungkinan ditenggelami banjir, " kata Ketua Polis Wilayah, Ariel Quilang seperti dilapor AFP.

Dalam pada itu, ribut tropika kedua dijangka membadai wilayah sama menjelang Khamis ini.

Filipina secara purata dilanda kira-kira 20 ribut dan taufan setiap tahun yang meragut ratusan nyawa dan memusnahkan banyak kawasan.

Pada 2013, Taufan Haiyan yang melanda negara itu menyebabkan 7,300 orang terbunuh.



Post a Comment

0 Comments