SEKALIPUN Mohammed Azmin Ali boleh dikenakan tindakan pelucutan jawatan kerana 'ponteng' mesyuarat, namun KEADILAN masih memberi peluang kepada pemimpin 'kartel' itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlembagaan parti menyatakan ahli MPP boleh dilucutkan jawatan jika tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut, namun beliau meminta ia menangguhkan hukuman terhadap pemimpin terbabit.
“Kita ambil pendekatan sederhana dan berlembut untuk beri ruang kepada kawan-kawan kita memikirkan
"Sebab itu kita tidak menggunakan peruntukan itu (dalam perlembagaan parti) setakat ini,” katanya.
Anwar berkata begitu selepas berucap pada Konvensyen KEADILAN Kedah dan Perlis di Kulim baru-baru ini.
Terdahulu, isu ketidakhadiran Azmin ke mesyuarat parti itu menjadi perhatian ramai.
Sesetengah pihak mendakwa Mohamed Azmin ‘kebal’ dari tindakan disiplin walaupun beberapa kali tidak hadir mesyuarat parti termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi.
Susulan itu, Anwar beberapa kali menasihatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mengenai keperluan hadir ke mesyuarat parti.
Sementara itu, ketika ditanyakan sampai bila hukuman (pelucutan jawatan) itu akan ditangguhkan, Anwar berkata, terpulang kepada MPP dan beliau sedia mendengar pandangan mereka.
Sebelum ini ada sesetengah pihak membuat andaiaan, Azmin sengaja mahu mencari helah supaya disingkirkan dari parti agar dapat menarik simpati rakyat.
0 Comments