SKUAD bawah 22 tahun (B-22) negara seolah-olah hilang bisa susulan ketiadaaan bintang sensasi Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid.
Dalam aksi sulung skuad negara itu pada perlawanan sulung Kumpulan A Sukan SEA 2019 menentang Myanmar di Stadium Rizal Memorial, Manila sebentar tadi, skuad negara hanya mampu berada pada kedudukan seri 1-1.
Percaturan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee meletakkan Luqman Hakim Shamsuddin bagi mengisi tempat Safawi bagaimanapun gagal memainkan peranannya dalam formasi 3-4-3 yang digunakan.
Selain Luqman, Kim Swee turut memberikan kepercayaan kepada seorang lagi pemain muda, Umar Hakeem Suhar Rezwan untuk berada dalam kesebelasan namun pengalaman menjadi pemisah buat pemain itu.
Namun kedua-dua pemain berusia 17 tahun itu dikeluarkan pada awal babak kedua perlawanan.
Sementara itu, Penyerang negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul penyelamat apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-24 hasil hantaran Muhammad Akhyar Rashid.
Keputusan itu sekaligus mengikat Myanmar yang bermula garang dengan mengutup mata pertama perlawanan melalui tandukan penyerang, Soe Moe Kyaw yang menyudahkan sepakan sudut.
Skuad negara juga dilihat sedikit lemah pada perlawanan hari ini apabila membazirkan beberapa peluang terutama di lewat babak permainan.
Pada Jumaat, skuad negara akan sekali lagi turun padang bagi menentang tuan rumah Filipina.
Sebagai rekod, Kim Swee pada minggu lalu menggugurkan Safawi dari skuad negara B-22 ke Sukan SEA 2019 di Filipina.
Ia jelasnya demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.
0 Comments