Tolak usaha tubuh kerajaan 'pintu belakang'


MAJLIS  Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat ketetapan tidak akan melayan sebarang gerakan menubuhkan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dimuktamadkan melalui satu mesyuarat dijalankan minggu lalu.

Tambahnya  majlis itu kekal dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga proses peralihan kuasa berlangsung dalam keadaan aman dan selamat.

“Kami bincang semalam tetapi tidak dengar dakwaan (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) hari ini.

“Yang pasti kami kekal dengan pendirian tidak melayan sebarang gerakan menubuhkan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’,” katanya selepas menyampaikan ucap utama dalam Konvensyen Reformis 2019 anjuran Otai Reformis’98 di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilapor mengakui wujudnya gerakan untuk menubuhkan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’, sekali gus menghalang langkah mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ia susulan dakwaannya bahawa ada ‘seorang’ pemimpin dalam kerajaan menawar kedudukan untuk Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan itu, namun menurut Abdul Hadi ia menolaknya mahu merampas Putrajaya menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, beberapa pemimpin Kerajaan antaranya termasuk Mohammed Azmin Ali didakwa mengadakan komplot bagi menubuhkan kerajaan baharu, ia dilapor turut didalangi Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin dan Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof dari BERSATU, dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dari KEADILAN.

Seorang pemimpin Umno yang juga sabahat baik Azmin, Hishammuddin Hussein turut dinamakan sebagai individu yang mendalangi usaha tersebut.

Walaupun dinafikan, tindakan Azmin mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen yang menyokongnya minggu lalu sekali seolah-olah menguatkan dakwaan tersebut.

 

Post a Comment

0 Comments