Pesawat Turki terbabas di Ukraine


SEBUAH
pesawat milik syarikat penerbangan Turkish Airlines dilapor terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Odesa, Ukraine pada Jumaat.

Ketika kejadian, pesawat TK467 dari Istanbul, Turki menuju ke Odessa itu dilapor sedang melakukan pendaratan kali kedua susulan keadaan angin kencang.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 yang membawa 134 penumpang termasuk anak kapal itu berjaya mendarat namun terbabas dari landasan menyebabkan berlaku kerosakan teruk pada gear pendaratan bahagian depan.

Insiden itu turut dikongsikan syarikat penerbangan Turki melalui laman mikro tweeter mereka.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku, semua penumpang dan kru berjaya dikeluarkan daripada pesawat sejurus mendarat.

Susulan kejadian, operasi lapangan terbang ditutup buat sementara waktu hingga jam 6 petang waktu tempatan.

Post a Comment

0 Comments