Misteri kehilangan warga emas terjawab


PENEMUAN
satu rangka manusia di kawasan semak di Kampung Batu Balai, di sini petang semalam merungkai misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak hampir sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan rangka itu daripada orang awam di Kampung Batu Balai dekat Kuala Krai.

“Sebaik menerima panggilan, pihak polis terus bergegas ke lokasi kejadian. Hasil siasatan awal, kita menemui satu rangka manusia bersama satu tongkat dan baju T.

“Jarak rangka manusia dengan tempat warga emas berusia 73 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini adalah kira-kira satu kilometer,” katanya dipetik laporan Sinar.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas hilang selepas keluar dari rumahnya untuk beriadah pada waktu pagi.

Warga emas berkenaan, Che Ya Che Mood keluar dari rumahnya pada 6 pagi dan dilihat kali terakhir pada 24 Oktober lalu kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Sementara itu tambah Suzaimi, rangka itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, di sini untuk proses bedah siasat.

Post a Comment

0 Comments