IMAN, badak sumbu Sumatera yang mati pada Sabtu mungkin akan diawetkan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, setelah diawetkan, pihaknya turut berhasrat menyerahkan bangkai Iman ke Muzium Negeri Sabah untuk dipamerkan.
"Benda ni (awet) belum sah lagi, tapi kita cadangkan begitulah," katanya dipetik laporan Awani.
Mengulas lanjut, Augustine berkata, proses mengawet bangkai Iman akan dilakukan lebih kurang serupa dengan bangkai Tam, badak sumbu Sumatera jantan yang mati pada bulan Mei lalu.
Setakat ini bangkai Iman jelasnya masih ditempatkan di Santuari Badak Borneo, Lahad Datu untuk keputusan lanjut.
Semalam, seluruh pada Sabtu, rakyat malaysia dikejutkan dengan 'pemergian' Iman akibat kanser.
Untuk rekod, badak betina itu merupakan satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera yang masih hidup di Malaysia selepas pasangannya yang dikenali sebagai Tam mati pada 27 Mei lalu, akibat uzur dan kegagalan organ dalaman.
Sementara itu, kerajaan Sabah sebelum ini berkata sedang berusaha mempercepatkan proses perundangan dengan kerajaan Indonesia bagi melakukan prosedur persenyawaan in vitro fertilisation (IVF) bagi 'mengembalikan' semula badak sumbu jenis itu di negara ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, langkah itu akan membabitkan proses mengekstrak telur Iman untuk disenyawakan dengan sperma badak sumbu Sumatera di Indonesia.
0 Comments