Litar Sepang ragut nyawa lagi.


SEORANG pelumba perlumbaan  sempena Grand Prix (GP) Malaysia, Idemitsu Asia Talent Cup maut dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang tadi.
      
Penganjur pelumbaan, MotoGP dalam satu kenyataan berkata,  Afridza Munandar terlibat kemalangan di selekoh ke-10 pusingan pertama perlumbaan satu.

Susulan kemalangan itu, penganjur difahamkan telah mengebarkan bendera merah serta mengarahkan semua pelumba kembali ke pit perlumbaan.

Pasukan perubatan dilapor telah memberikan rawatan kecemasan kepada pelumba berusia 20 tahun yang berasal dari Indonesia itu dibahagian tepi litar.

Afridza bagaimanapun dilapor meninggal  semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan helikopter.

Untuk rekod musim ini, Afridza telah meraih dua kemenangan, dua penamat di tempat kedua dan ketiga.

Afridza juga sudah mengumpul 142 mata untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dan ketinggalan 15 mata di belakang pelumba kedua, Sho Nishimura dari Jepun dan 27 mata di belakang pendahulu yang juga dari Jepun, Takuma Matsuyama.


BACA: 
Sepang nobat Alex Marquez juara dunia Moto2
BACA:
Vinales balas dendam, Marquez pecah rekod lagi


Pada 2011, Pelumba San Carlo Honda Gresini dari Itali, Marco Simoncelli maut dalam kemalangan dahsyat pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia tahun itu.

Pelumba Itali itu dirempuh setelah gagal mengawal jeteranya ketika memasuki selekoh.

Dorna Sport sebagai pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia dan penganjur perlumbaan  SIC memutuskan untuk membatalkan perlumbaan yang hanya sempat berlangsung dua pusingan itu.
 

Post a Comment

0 Comments