Kongres: Pengulas politik minta Azmin sedar diri


SEORANG
pengulas politik, Shahbudin Husin membidas kenyataan Mohammad Azmin Ali yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang enggan memilihnya untuk merasmikan kongres sayap pemuda parti itu.

Dalam perkongsian terbahrunya, Shahbudin berkata, ketika Azmin mendakwa ada tangan ghaib disebalik keputusan AMK itu, Ahli Parlimen Gombak itu seharusnya sedar bahawa dia sebenarnya yang mengghaibkan dirinya selama ini.

"Dengan kedudukan sebagai pemimpin nombor dua dalam KEADILAN, adalah tidak boleh diterima sama sekali tindakannya mengghaibkan diri dengan tidak hadir mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) dan Biro Politik selama setahun lamanya.

"Malah, kalau ikut peraturan parti yang menyebut ketidakhadiran dalam mesyuarat selama tiga kali berturut-turut, seseorang itu boleh terlucut jawatannya, maka tidak dilucutkan jawatannya pun sebenarnya sudah cukup baik bagi Azmin," tulisnya.

Terdahulu, Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, parti itu tidak melucutkan jawatan Azmin
walaupun beliau  telah 'ponteng' untuk tiga kali berturut-turut kerana masih memberi ruang buatnya.
BACA: Tak lucut jawatan, KEADILAN mahu pemimpin 'kartel' fikir

Namun tegasnya keputusan itu kelak akan bergantung kepada kehendak ahli parti itu sendiri.

Sementara itu tambah Shahbudin, Azmin seharusnya tidak bersikap kebudak-budakan dan cuba meraih simpati umum dalam isu merasmikan kongres yang bakal berlangsung itu.

"Dalam bahasa mudah, kalau sudah setahun ghaib begitu saja dan tidak hadir mesyuarat parti, tak usahlah tiba-tiba meroyan serta mengada-ngada mahu merasmikan mesyuarat.

"Kerana beliau sendiri telah ghaib selama setahun, maka kelayakannya untuk beraksi di pentas parti tentulah tidaklah sama seperti orang yang tidak pernah mengabaikan kepada parti," tambah Shahbudin lagi.

Sebagai rekod, AMK sebelum ini menafikan dakwaan Azmin dan penyokong dalam kem-nya bahawa keputusan tidak memilih Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu didalangi 'tangan Ghaib'.

BACA:
Kongres AMK: Naib Ketua beri penjelasan sebenarBACA: Azmin dah hilang karakteristik pemimpin - Ketua AMK

Sebaliknya Naib Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana surat jemputan dikirim kepada Azmin tidak mendapat balasan dan keputusan meminta bekas Presiden parti itu,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan kongres tersebut adalah hasil mesyuarat sayap pemuda itu.

Malah ia juga sebagai tanda penghargaan kepada Dr Wan Azizah yang telah memimpin parti itu sejak 1998 lagi.

Post a Comment

0 Comments