Hishamuddin didakwa dalang bawa MP BN jumpa Azmin.


AHLI
Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein didakwa dalang dalam pertemuan sekumpulan Ahli Parlimen di kediaman rasmi Mohammed Azmin Ali malam tadi.

Perkara itu didedahkan sumber dalaman Umno, Lokman Noor Adam dalam satu laporan media.

Tambah Lokman, tindakan Hishamuddin itu dilihat sebagai satu pengkhianatan bukan sahaja kepada mandat rakyat, tetapi juga terhadap pengundi Tanjung Piai yang baru saja memenangkan calon Barisan Nasional (BN) beberapa hari lalu.

"Apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang MP BN ke rumah menteri 'semburit' Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya?

"Tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini," kata Lokman dalam satu kenyataan.

 BACA: Apa Ahli Parlimen BN buat di rumah Azmin?

Azmin dan Hishammuddin yang juga adalah sepupu kepada Najib Razak sebelum ini dikatakan terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan 'pintu belakang' tanpa DAP dan Amanah.

Tindakan itu sekaligus dilihat sebagai cubaan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai pengganti Tun Dr Mahathir.

Perjumpaan malam tadi menyusul selepas timbul isu melibatkan Azmin yang tidak terpilih untuk merasmikan kongres Angkatan muda KEADILAN (AMK) bulan hadapan.

Azmin juga baru-baru ini dikritik susulan ketidakhadiranya dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti dianggotainya.


Post a Comment

0 Comments