Kembali padam api lepas dikejar ke Hospital


DUA
anggota bomba dikejarkan ke hospital setelah cedera dalam dalam operasi memadamkan kebakaran malam tadi.

Dalam insiden di Jalan Munshi Abdullah di Melaka itu, sepasukan anggota terlibat operasi memadam kebakaran yang memusnahkan deretan rumah kedai tiga tingkat.

Namun ketika operasi itu dijalankan, berlaku letupan kaca yang mencederakan bahagian belakang badan seorang anggota terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu.

Ia disusuli kejadian kedua apabila rakan setugasnnya mengalami masalah pernafasan dipercayai akibat terhidu asap tebal sehingga terpaksa dipapah masuk ke dalam kenderaan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Anggota cedera dikejarkan ke Hospital
Menariknya, kedua-dua anggota terbabit yang dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun kembali ke lokasi kebakaran untuk meneruskan semula tugasan mereka, demikian dikongsikan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Ahmad Zaidi Safuan.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian kebakaran itu pada jam 8.47 malam.

Sebanyak lima jentera dan sebuah unit Van EMRS termasuk sebuah water tanker dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.20 malam sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.31 pagi.

"Keseluruhannya, dua rumah kedai tiga tingkat musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi 90 peratus musnah. “Punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat,” katanya.

Post a Comment

0 Comments