Dua pesawat udara bertembung di landasan


DUA buah pesawat dilapor bertembung di atas landasan lapangan terbang Frankfurt dekat Jerman.

Dalam kejadian itu dua pesawat terlibat adalah Pesawat udara Air Namibia dan pesawat Korea Air.

Memetik laporan Agensi berita, tiada kecederaan dilaporkan berlaku, namun kedua-dua pesawat berkenaan dilapor rosak.

Seorang jurucakap lapangan terbang itu dipetik sebagai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang waktu tempatan pada hari Sabtu.

Air Namibia dalam satu kenyataan berkata " Sayap kiri sebuah pesawat Air Namibia bertembung dengan penstabil mendatar penerbangan Korea Air KE905 yang sedang menunggu taxiway selepas mendarat.

Tambah kenyataan itu, pesawat Korea Selatan membawa 241 penumpang dan 40 krew pada masa itu.

“Kami mengesahkan bahawa tiada penumpang dan anak kapal yang cedera,” kata Air Namibia lagi.

Susulan kejadian itu, penerbangan balik Korea Air ke Seoul tertangguh 21 jam. Pertukaran kapal terbang dibuat pada Ahad petang.

Susulan insiden itu, Biro Persekutuan Penyiasat Kemalangan Udara Jerman membuka siasatan dan kerosakan bagi kedua-dua pesawat itu juga sedang dinilai

Post a Comment

0 Comments