APA Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bincang di kediaman Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya?
Itu persoalan yang timbul setelah media melaporkan berlaku pertemuan rahsia di rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sekitar jam 9.30 hingga 11.30 malam tadi.
Malaysia kini dalam laporannya mendakwa, sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli Parlimen KEADILAN yang dipercayai dari kem Azmin hadir ke pertemuan itu.
Portal itu juga mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).
Antara pemimpin Umno yang turut dilihat di kediaman Azmin ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor, Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran)
Pemimpin-pemimpin terbabit turut dilapor mengunci mulut berhubung tujuan perjumpaan tersebut.
Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat Anwar Ibrahim dar dilantik sebagai Perdana Menteri.
Parti KEADILAN yang dianggotai Azmin dan Anwar dilihat terpecah susulan beberapa isu sebelum ini.
Pergeseran antara penyokong Azmin dan penyokong Anwar baru-baru ini bertambah hangat apabila Azmin tidak dipilihan untuk merasmikan kongres sayap pemuda itu bulan hadapan.
Azmin sebelum ini ditekan kuat dari dalam parti susulan keenggannya untuk menghadiri mesyurat tertinggi kepimpinan parti itu.
Anwar dalam satu kenyataan terbahru berkata, tindakan parti itu tidak melucutkan jawatan Azmin setelah tidak hadir mesyuarat tiga kali berturut-turut adalah bagi memberi ruang untuk Azmin 'berfikir'.
0 Comments