BEKAS Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, meninggal dunia di Hospital Avisena, Shah Alam, semalam.
Anak Allahyarham, Fateen Mohd Shukri memaklumkan, ayahnya dibawa ke hospital berkenaan oleh keluarga kira-kira pukul 4.30 petang selepas mengadu berasa agak kurang sihat.
Beliau ketika dihubungi memberitahu ringkas, kira-kira 15 minit selepas dirujuk ke hospital itu, ayahnya disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, Allahyarham menghidap kanser hati.
Jenazah Mohd Shukri, 65, dijangka disembahyangkan di Masjid Negeri, pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
Sebelum menjawat jawatan Ketua Polis Selangor, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak.
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor bagi sesi 2015 hingga 2017
0 Comments