SEORANG bekas senator membuat gesaan agar dua individu yang dikaitkan dengan rancangan membentuk kerajaan 'pintu belakang' disiasat.
Ezam Mohd Noor mendakwa, individu tersebut iaitu Hishammuddin Hussein dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali masing-masing terlibat tuduhan rasuah dan skandal seks.
Dalam satu kenyataan, Ezam mempersoalkan mengapa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak pantas menyiasat kes melibatkan kedua-dua personaliti politik berkenaan.
Pihak berkuasa tegasnya wajar menyegerakan siasatan keatas individu terbabit
"Seharusnya wujud keperluan menyegerakan siasatan (urgency) di dalam kes-kes yang membabitkan kedua mereka setelah nama mereka ditampilkan dalam Parlimen berkomplot mengganggu gugat kerajaan sedia ada dengan usaha menubuhkan sebuah kerajaan baru melalui pintu belakang.
"Usaha mengganggu gugat kerajaan melalui pintu belakang adalah jenayah politik jijik kelompok elit politik di saat negara dan rakyat menghadapi suasana ekonomi yang parah," tegasnya.
Terdahulu, Azmin didakwa bersekongkoluntuk menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah, media dalam laporan mereka berkata, usaha licik itu didalangi Hishammuddin.
Sesetengah pihak juga melihat niat jahat menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu juga merupakan usaha mengalang pelan peralihan kuasa perdana menteri kepada Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim.
Ezam sebelumnya merujuk dakwaan salag guna kuasa melibatkan Hishammuddin yang juga merupakan sekutu kuat bekas perdana menteri, Najib Razak dalam pembelian 6 helikopter McDonnell Douglas berharga RM300 juta.
Manakala Azmin pula dirujuknya kepada satu rakaman video seks songsang yang disebarkan baru-baru ini.
Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu.
0 Comments