Remaja maut satria neo rempuh pokok



DUA maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah, di sini, awal hari ini.

Kedua-dua mereka, yang dikenali sebagai Mohd Irfan Rosli dan Mohd Aswat Mokhtar, masing-masing berusia 23 maut di tempat kejadian setelah Proton Satria Neo dinaiki mereka merempuh pokok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikejarkan ke lokasi setelah menerima makluman kemalangan sekitar jam 2.44 pagi.

"Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan anggota BBP Jitra terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas 'Resque Tools'," katanya.

Keadaan kereta dinaiki remaja terbabit
Tambah Sayani, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Adnan Ahmad bersama lapan anggota dan dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Kedua-dua mayat di hantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Post a Comment

0 Comments