Geng motoGP dibelasah pasukan Hafizh Syahrin


PASUKAN Sepang Racing Team FC (SRT FC) dibelasah teruk Pescao Rosar dalam perlawanan atas padang Stadium Shah Alam Malam tadi.

Bagaimanapun, perlawanan malam tadi itu sekadar perlawanan bola sepak persahabatan sebagai sebahagian aktiviti memeriahkan kejuaraan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hujung minggu ini.

Ternyata, pasukan Pescao Rosar diketuai pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah bukan calang-calang apabila menewaskan pasukan SRT diketuai Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali tewas 2-10.

Selain Hafizh dan Razlan, antara personaliti MotoGP yang mempamerkan aksi malam tadi ialah pelumba pasukan Yamaha Monster, Maverick Vinales dan Johann Zarco dan pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli.

Turut menghiburkan penonton ialah pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki dan John McPhee.

Selain berlumba dalam kejuaran lumba motosikal paling berprestij, Hafizh diketahui peminat sukan negara sebagai atlet yang turut aktif bermain bola serta lumba berbasikal.