TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, ia melalui penubuhan jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Exco Urusan Haji di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Jawatankuasa itu antara lain akan meneliti aspek-aspek yang menyebabkan kos haji terlalu tinggi dan mencari jalan agar kadarnya dapat dikurangkan.
"Kita kaji kos yang ditanggung oleh jemaah haji ini berikutan tiada perubahan yang ketara untuk jumlah itu dalam tempoh 10 tahun," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di persidangan Dewan Rakyat.
Tambahnya, memandangkan kos tinggi sebelum ini banyak dipengaruhi caj penerbangan yang tinggi, kerajaan sedang sedang "meneroka" cadangan menghantar jemaah menggunakan penerbangan komersial berbanding 'chartered' sepenuhnya yang digunapakai kini.
Fuziah berkata jawatankuasa berkenaan juga sedang mengkaji cadangan untuk membenarkan hanya jemaah haji muassasah yang layak sahaja menerima subsidi bersasar, berbanding sebelum ini yang mana Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung semua subsidi bagi jemaah kali pertama dan yang membuat rayuan.
"Kita akui mereka yang harus terima subsidi ini ialah mereka yang nak pergi haji tetapi tidak mampu, simpan duit bertahun-tahun sampai umur 70 tahun tapi duit masih tidak cukup, mereka ini yang seharusnya dibantu untuk dapat pergi haji," tambahnya lagi.
0 Comments