KEADILAN akan turun membantu mempertahankan kerusi bagi kawasan Parlimen P165 Tanjung Piai yang bakal diadakan.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, yang dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Anwar berkata parti itu bakal turun bagi memenangkan calon tersebut.
"Kami telah mengarahkan semua jentera pilihan raya kami memberi tumpuan kepada perkara ini dan meningkatkan kempen untuk pilihan raya kecil," katanya.
Anwar sebelumnya ditemui selepas merasmikan Konvensyen KEADILAN Sabah di ITCC Penampang pada Isnin (28 Okt).
Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan 16 November ini sebagai hari mengundi untuk pilihan raya kecil Tanjung Piai, yang dipanggil berikutan kematian anggota parlimen, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, pada 21 September lepas.
Dr Farid, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Sementara itu, Pengarah komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil pada September lalu berkata, parti itu akan turun dengan semua kekuatan sepanjang seri kempen yang bakal diadakan.
Perkara itu jelasnya sudah disepakati Majlis pimpinan pusat melalui mesyuarat yang diadakan sebelum ini.
0 Comments