PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pelan peralihan kuasa perdana menteri akan berjalan dengan lancar.
Keyakinan itu disuarakan calon perdana menteri yang dinamakan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu ketika isu jawatan itu hangat dengan ura-ura adanya konspirasi mengagalkan pelan itu.
Tambah Anwar, beliau yakin Tun Dr Mahathir Mohammad tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya oleh HARAPAN sebagaimana diputuskan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Tun Dr Mahathir konsisten menghormati konsensus yang dipersetujui.
BACA: Tun M jangan calar kepercayaan rakyat - Otai Reformis
BACA: Isu jawatan PM dah selesai, sengaja di hangatkan
"Selalu menjadi masalah apabila kita memilih dan membuat tafsiran apa yang dikatakan oleh perdana menteri, tetapi secara keseluruhan, secara konsisten, beliau berkata beliau akan menghormati perjanjian yang dibuat.
"Saya fikir (kita sepatutnya) memberikan kredit kepada perdana menteri. Dia telah melakukan yang terbaik dalam tempoh peralihan yang sangat mencabar ini," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam siang tadi.
BACA: Apakah Khairuddin ada konspirasi halang Anwar?
BACA: Mengapa Syed Saddiq 'sentap' dengan kritikan Syed Husin Ali?
Terdahulu, seorang pemimpin KEADILAN mempersoalkan apakah terdapat usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri, ia susulan satu kenyataan dibuat penyokong Dr Mahathir.
Manakala seorang bekas aktivis pelajar pula sebelum ini membayangkan perdana menteri berdepan situasi sukar menetapkan tarikh peralihan kuasa kerana sering dibayangi'pengampunya'.

![]() |
Anwar yakin peralihan kuasa akan lancar |

0 Comments