Isu jawatan PM dah selesai, sengaja di hangatkan


PELAN peralihan kuasa perdana menteri tidak sepatutnya dibincangkan atau dibangkitkan lagi, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah ketika mengulas soalan pemberita tentang kemungkinan isu peralihan kuasa perdana menteri akan dibincangkan, Wan Azizah berkata, perkara mengenainya telah diputuskan dan dipersetujui bersama sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lepas.

“Saya rasa ia sudah dipersetujui bersama. Jadi saya rasa, nak bincang apa lagi?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Yayasan MyStemi di TPC Kuala Lumpur.

Tambah Wan Azizah lagi, isu mengenai peralihan kuasa itu sengaja digembar-gemburkan bagi menunjukkan suasana tidak stabil dalam HARAPAN.

“Isu ni tak ada timbul, tapi dibangkit-bangkitkan, (oleh itu) dia jadi isu.

"Kita dah ada perjanjian. Dulu masa kita pergi ke PRU, kita katakan PM (Dr Mahathir) akan (memegang kuasa), dan PM yang susulan itu (ialah Anwar).

“Patutnya kita ada isu lain, isu nak memperbetulkan dan membaiki negara kita.

“Sudahlah, isu itu sudah selesai. Kita ada perjanjian. Mari kita kekalkan begitu,” kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu lagi.

Sebagai rekod,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri ke-8 secara konsensus oleh parti-parti gabungan dalam HARAPAN iaitu KEADILAN, DAP, Amanah dan juga Bersatu.

Ia bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohammad yang dilantik sebagai perdana menteri Interim.

Berbeza dengan sistem digunakan Barisan Nasional (BN) difahamkan seseorang perdana menteri tidak mempunyai apa-apa kuasa bagi melantik penggantinya, sebaliknya jawatan itu ditentukan secara sebulat suara oleh parti-parti dalam HARAPAN.

Post a Comment

0 Comments