HUJAN lebat hampir dua jam semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur banjir kilat.
Di sekitar flat PKNS di Jalan Tun Razak air dilapor naik setinggi 1 meter, ia menyebabkan beberapa kenderaan yang di parkir di sekitar kawasan flat berkenaan ditenggelami air.
Penduduk terpaksa mengeluarkan kenderaan masing-masing untuk dialihkan ke kawasan lebih tinggi.
Dakwa mereka, banjir itu berlaku kurang 30 minit susulan keadaan hujan yang terlalu lebat.
Seorang mangsa, Dr Siti Aishah Md Radzi berkata, ketika kejadian dia berada dalam kliniknya di flat tersebut.
"Saya ada dalam klinik, saya dengar suara kuat kakitangan klinik saya, saya kemudiannya tengok air dah nak masuk dalam klinik.
"Arus air agak laju masa tu, tak sampai 30 minit air makin tinggi, orang ramai sibuk keluarkan kenderaan masing-masing daripada kawasan flat tersebut," katanya dipetik.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang dan menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat ke lokasi kejadian.
Di sekitar flat PKNS di Jalan Tun Razak air dilapor naik setinggi 1 meter, ia menyebabkan beberapa kenderaan yang di parkir di sekitar kawasan flat berkenaan ditenggelami air.
Penduduk terpaksa mengeluarkan kenderaan masing-masing untuk dialihkan ke kawasan lebih tinggi.
Dakwa mereka, banjir itu berlaku kurang 30 minit susulan keadaan hujan yang terlalu lebat.
![]() |
Keadaan kereta Dr Siti Aishah | Foto - SInar |
"Arus air agak laju masa tu, tak sampai 30 minit air makin tinggi, orang ramai sibuk keluarkan kenderaan masing-masing daripada kawasan flat tersebut," katanya dipetik.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang dan menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat ke lokasi kejadian.
Bumbung terbang
Dalam kejadian sama, kira-kira 10 kenderaan rosak teruk apabila dihempap bumbung yang ditiup angin dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Setapak.
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Awam Desa Rejang Mohd Noor Mohd Tahir berkata, bumbung terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 19.
“Kami berkumpul dengan segera daripada persatuan penduduk dan komuniti setempat.
"Kami juga dapatkan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis yang tiba sama dengan unit bantuan kecemasan DBKL,” katanya.
Sementara itu Menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Kapten Shahrul Kamar Mohd Johari pihaknya menghantar satu pasukan terdiri empat anggota ke tempat kejadian.
"Terdapat serpihan bumbung tercabut tersangkut pada rumah penduduk selain menghempap kira-kira 10 kenderaa. Namun tiada mangsa yang cedera ketika kejadian.
"Kerja pemantauan dilakukan sehingga keadaan terkawal sebelum menyerahkan tugas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad turut meninjau lokasi kejadian.
Dalam kejadian semalam itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Jalan Hamzah dilapor dibuka bagi menempatkan penduduk dari Flat PKNS Kampung Baru yang turut terjejas.
Dalam kejadian sama, kira-kira 10 kenderaan rosak teruk apabila dihempap bumbung yang ditiup angin dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Setapak.
Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Awam Desa Rejang Mohd Noor Mohd Tahir berkata, bumbung terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 19.
“Kami berkumpul dengan segera daripada persatuan penduduk dan komuniti setempat.
"Kami juga dapatkan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis yang tiba sama dengan unit bantuan kecemasan DBKL,” katanya.
![]() |
10 buah kereta rosak | Foto - metro |

0 Comments