Hormat masyarakat, jangan jadi penjilat - Anwar



PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan sentimen perkauman bagi memenuhi kepentingan tertentu.

Tegasnya, sebagai rakyat, semua pihak wajar menghormati setiap lapisan masyarakat di negara ini dan menghormati apa yang terkandung dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum ini.

Selain membuat ingatan itu, Anwar turut menempelak sikap segelintir golongan ilmuan yang bermuka-muka dihadapan orang Melayu sendiri. Mereka tegasnya kuat menjerit soal maruah Melayu, namun hakikatnya hanya mendiamkan diri dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan undang-undang.

"Yang kuat menjerit soal Melayu sekarang adalah di antara sarjana yang menjadi penjilat kepada golongan perasuah dan tidak adil.

"Diam membisu bila (isu) rasuah dan kezaliman, bila hukum (undang-undang) negara itu ditekan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Sejarah Negara 2019 di Bangi semalam

Hadir sama, Yang di-Pertua (TYT) Negeri Melaka, Dr Mohd Khalil Yaakob.

 Sementara tu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, usaha memupuk negara bangsa tidak seharusnya dihangatkan dengan tindakan-tindakan politik yang boleh menghangatkan suasana dan sekaligus menjurus kepada polimik perkauman.

"Memupuk negara bangsa bukan dengan meningkatkan suhu politik bahawa kitalah pejuang Melayu.

"Membina negara bangsa mestilah dengan dasar etika yang jelas. Ramai orang Melayu tunjuk kebencian kepada kaum lain, tapi zalim kepada kaum sendiri," katanya.

Post a Comment

0 Comments