PEMAIN guitar bass kumpulan rock tempatan, Tamang Raja meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kanowit, Sabah, lewat petang semalan.
Febrenus Harry Usup, 36, atau lebih dikenali sebagai Fred Venus dalam kalangan ahli kugirannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Tega Bilong berkata, mangsa yang memandu bersendirian, dipercayai dalam perjalanan dari arah Ngemah menuju ke Sibu apabila kemalangan tersebut berlaku.
![]() |
Kereta dinaiki mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan |
Jelasnya, impak kemalangan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, suaminya ada mengadu sakit dada sebelum kejadian dan dipercayai diserang sakit jantung," katanya.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang masih bayi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Frebenus bersama lima ahli lain menubuhkan kumpulan band Tamang Raja yang popular dengan lagu hit single bahasa Iban seperti 'Tikas Pengerindu', 'Nama Kebuah Nuan Enda Madah' dan 'Asai Ka Gila'.
Lagu popular mereka 'Asai ka gila' pernah menduduki carta Top 10 Cats FM iaitu dalam 'Cats Xposed Ethnic Division 'April tahun lepas.
0 Comments