BEKAS Presiden Umno, Najib Razak dijangka hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kenyataan berbaur fitnah dimuat naik ke laman sosial baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed ketika berkata, Najib dijangka tiba di Bukit Aman sekitar 9 pagi.
Sebelum ini, Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menggesa polis menyiasat laman Facebook 'Najib Razak' kerana memuat naik hantaran didakwa berbaur fitnah yang dikaitkan dengan dirinya pada 30 September lepas.
Najib menerusi perkongsian itu mengaitkan Kor Ming membuat hantaran berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Najib mendakwa, pengerusi DAP negeri Perak itu melalui Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ dakwanya mengajak kaum Cina membuat protes terhadap Sultan Selangor berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi bahasa di Selangor.
Kor Ming bagaimanapun menafikan beliau atau DAP terlibat dalam membuat hantaran itu dan menegaskan akaun itu menyamar mewakili dirinya serta parti itu.
0 Comments