PELUMBA Sepanyol, Xavi Vierge disahkan bakal menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Racing untuk saingan Moto2 musim depan.
Prinsipal pasukan PETRONAS SRT, Datuk Razlan Razali berkata, mereka mengharapkan pelumba berusia 22 tahun dari Barcelona itu mampu meraih keputusan lebih cemerlang untuk pasukan tersebut.
"Untuk PETRONAS Sprinta Racing, menandatangani Xavi Vierge adalah perkembangan yang menarik.
"Pertama, dia adalah pelumba yang cepat dan mantap yang mampu persembahan podium biasa. Kedua, dia akan menjadi salah satu daripada dua pelumba untuk kami dalam Moto2 ketika kami mengembangkan skuad kami," katanya dipetik laporan media antarabangsa.
BACA: Adam Norrodin pacu jentera Moto2 di San Marino
Sebagai rekod, Vierge merupakan pemenang podium Moto2 tiga kali dan bekas juara kejohanan Moto2 Eropah.
Beliau ketika ini beraksi bersama pasukan Estrella Marc VDS.
Sementara itu, Vierge berkata, beliau amat gembira dapat menyertai pasukan PETRONAS SRT. Pasukan itu jelasnya mempunyai pasukan yang baik berdasarkan pencapain dalam kelas Moto3 dan MotoGP pada musim ini.
Ketika ini tegasnya sasarannya adalah untuk mendapatkan keserasian terbaik dengan jentera ujian musim sejuk yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Susulan perkembangan terbahru ini, persoalan dengan pasukan mana pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin bakal beraksi pada musim depan semakin mejadi misteri.
Pemilik Tech 3, Herve Poncharal berkata, pasukan itu sebelum ini telah membuat tawaran untuk Hafizh bersama pasukan Moto2 mereka pada musim depan.
Namun tiada keputusan muktamat mengenainya diputuskan setakat ini.
0 Comments