Robert Mugabe tutup usia di Singapura


PEMIMPIN diktaktor Zimbabwe Robert Mugabe disahkan meninggal dunia hari ini selepas bertarung nyawa atas faktor kesihatan.

Kematian diktaktor berusia 95 tahun itu diumumkan penggantinya Presiden Emmerson Mnangagwa.

yang telah memerintah Zimbabwe sejak 1980 sehingga 2017 itu disahkan oleh ahli keluarganya, lapor BBC.

"Mugabe adalah ikon pembebasan, seorang pan Africanis yang mendedikasikan hidupnya kepada pembebasan dan pemberdayaan umatnya. Sumbangannya kepada sejarah bangsa dan benua kita tidak akan dilupakan," Ciap Mnangagwa melalui tweeter.

Mugabe memerintah Zimbabwe selama lebih tiga dekad, beliau perdana menteri pertama negara itu sebelum diangkat menjadi presiden.

Pemerintahanya berakhir dalam satu rampasan kuasa tentera di negara itu pada November 2017.

Mugabe sebelum ini dikecam hebat dan digelar sebagai pemerintah kuku besi yang memusnahkan ekonomi Zimbabwe.

Pada April lalu,  dia dilapor dimasukkan ke hospital di Singapura. Bagaimanapun, penyakit yang dihadapinya itu tidak didedahkan.

Mugabe juga dilaporkan sudah tidak mampu berjalan pada 2018 atas faktor kesihatan yang merosot dan usia tua.

Post a Comment

0 Comments